Friday 3 February 2012

Menang, Menang dan Menang

5 Februari 2012 adalah tarikh penentu bagi skuad Harimau Muda dalam usaha untuk layak kepusingan akhir Sukan Olimpik 2012. Skuad bimbingan Ong Kim Swee ini telah selamat tiba 3 hari lebih awal di Manama, Bahrain pada pukul 0400 waktu Malaysia. Wira-wira muda ini tiada pilihan selain membawa pulang kemenangan di Manama bagi meneruskan perjuangan untuk layak ke Sukan Olimpik 2012 yang akan berlangsung di kota raya London kelak. Setelah tewas 3 perlawanan sebelumnya yakni tewas 2-0 kepada Jepun dan Syria serta dimalukan 3-2 oleh Bahrain di Stadium Bukit Jalil pada 27 November yang lalu. Oleh yang demikian, keadaan ini memaksa Skuad Harimau Muda untuk mencuri 3 mata berharga itu semasa menentang Bahrain di Manama.






Pertemuan kedua pasti akan memberi peluang buat skuad Harimau Muda untuk mengejar kemenangan yang pertama dalam aksi peringkat kumpulan kelayakan Sukan Olimpik 2012 Zon Asia. Hal ini kerana, dalam pertembungan kali ini Skuad Harimau Muda dijangka tidak akan mengalami masalah kecederan ataupun keletihan pemain seperti yang berlaku sebelumnya dimana ramai pemain yang mengalami kecederaan disamping jadual padat yang terpaksa dilalui oleh wira-wira muda ini. Nama-nama seperti Wan Zack Haikal Wan Nor, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Gary Steven Robbart kini sudah sedia untuk diturunkan pada perlawanan nanti. Ini ditambah lagi dengan semangat juang tinggi yang ada di dalam setiap wira-wira muda ini bagi mencari kemenangan berharga untuk dibawa pulang ketanah air sebagai hadiah untuk seluruh rakyat Malaysia. 


Oleh yang demikian skuad negara akan terus gagah melangkah ke hadapan bagi menggapai kemenangan yang diharapkan oleh seluruh rakyat malaysia.Tanggungjawab yang dipikul oleh skuad negara sangat berat namun dengan sokongan yang padu,doa dan usaha daripada semua pihak pasti akan menghasilkan satu keajaiban bagi skuad harimau muda.Seluruh rakyat malaysia mengharapkan satu kemenangan yang pastinya akan memulakan cerita baru selepas daripada beberapa episod kekalahan sebelum ini.Kepercayaan yang tinggi perlu diberikan pada wira-wira kebanggaan kita.Mara lah ke hadapan wahai skuad negara bak harimau mencengkam musuhnya.



live di RTM 1
5/02/2012
11.00 p.m


Ini adalah antara 25 nama pemain yang disenaraikan oleh Ong Kim Swee untuk dibawa ke Bahrain;
  1. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
  2. Muslim Ahmad(Terengganu)
  3. Zubir Azmi (Terengganu)
  4. Wan Ahmad Amizafran Wan Nadris (Harimau Muda B)
  5. Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul (Selangor PKNS)
  6. K. Gurusamy (Selangor)
  7. Ahmad Fakri Saarani (KL Felda United)
  8. Ahmad Shakir Md Ali (Negeri Sembilan)
  9. Izham Tarmizi Roslan (Harimau Muda A)
  10. Mohd Sharil Sa’ari (Harimau Muda A)
  11. Mahali Jasuli (Harimau Muda A)
  12. Affizie Faisal Mamat (Harimau Muda A)
  13. Amer Saidin (Harimau Muda A)
  14. Syazwan Tajuddin (Harimau Muda A)
  15. Nazirul Naim Che Hashim (Harimau Muda A)
  16. Wan Zack Haikal Wan Nor (Harimau Muda A)
  17. Syahrul Azwari Ibrahim (Harimau Muda A)
  18. Gary Steven Robbart (Harimau Muda A)
  19. Irfan Fazail (Harimau Muda A)
  20. Nazmi Faiz Mansur (Harimau Muda A)
  21. Mohd Azizan Nordin (Harimau Muda A)
  22. Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (Harimau Muda A)
  23. Fandi Othman (Harimau Muda A)
  24. Izuan Salahuddin (Harimau Muda A)
  25. Ahmad Hazwan Bakri (Harimau Muda A)

No comments:

Post a Comment