Monday 22 April 2013

Politik boss....!!

Bulan APRIL 2013 pastinya bulan yang penuh dengan pelbagai peristiwa menarik untuk dijadikan bahan cerita. Antara bahan cerita yang menarik berlaku pada  bulan april ini adalah kembalinya Yoomes Bond buat kali ke-3 dalam siri variety TV RunningMan( bagi peminat RunningMan ni tau lah), gigitan berbisa daripada Luiz Suarez( ni tym Liverpool VS Chelsea  kat EPL), pesta Regatta Lepa-lepa kat semporna datang lagi ( cua tgok entri sblm ni ) dan banyak lagi bahan-bahan cerita yang lain. Namun tujuan penulisan kali ini bukanlah untuk menceritakan perkara-perkara diatas, tapi adalah untuk lebih menfokuskan kepada isu utama yang berlaku di Malaysia pada bulan april ini yakni isu politik.!!  



Ermm, politik telah didefinisikan oleh Wikipedia sebagai “proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain”. Sebenarnya isu politik ini tiap-tiap bulan menjadi bahan cerita hangat di media-media Malaysia. Namun, cerita ini menjadi lebih sensasi apabila PM Malaysia yakni Dato.Seri Najib mengumumkan pembubaran parlimen. Jadiiii mulalah pencarian penaung baru antara parti Barisan Nasional(kerajaan) dan Keadilan(Pembangkang) bagi mentadbir Malaysia. Kedua-dua parti sibuk menarik pengundi untuk mengundi mereka. Parti kerajaan kata “kalau kamu undi Pembangkang maka akan muflislah negara dan kalau kamu undi kami maka kami akan beri lagi banyak bantuan seperti naikkan nilai baucer buku dan sebagainya”. Manakalah Parti Pembangkang pula berkata “kalau kamu undi kami maka kami akan turunkan harga barang-barang utama seperti petrol dan kereta, dan kalau kamu terus undi kerajaan maka semakin berleluasalah rasuah di Malaysia”. Kedua-dua parti saling bersiang antara satu dengan yang lain, masing-masing menyusun pelbagai strategi bagi menarik lebih ramai pengundi.

Dalam menarik pengundi, pelbagai saluran komunikasi yang digunakan oleh mereka. Tidak kira komunikasi lisan mahupun bukan lisan, semua di manfaatkan bagi tujan promisi parti mereka. Lihat sahajalah dipersimpangan jalan banyak bendera-bendera parti yang telah didirikan. Sedar atau tidak kini setiap lapisan masyarakat membicarakan tentang masa depan Malaysia yakni siapa yang layak mentadbirnya sama ada kekal kepada kerajaan mahupun berubah kepada pembangkang. Dari ahli politiknya, mahasiswa mahasiswinya, budak-budak sekolahnya malahan PADI dan PATI juga sama-sama mmbicarakan isu masa depan Malaysia. Pelik jugakan apabila PATI pun turut sama-sama bimbang membicarakan isu politik Malaysia kini ..;p.

Aish, macam-macam dunia politik ni, nasib baiklah aku ambil subjek akaun sebagai major lau tidak mungkin sekarang sudah sibuk berkempen sana sini. Kata kawan saya politik adalah dusta semuanya lau benar-benar mau bersatu padu membina kerajaan yang kuat kenapa tidak bersatu sahaja manakalah kata seorang lagi sahabat saya lau semua bersatu dan tidak ada pembangkang maka sesuka hati la kerajaan menentukan sesuatu kerana mereka tiada cabaran. Erm…jadi apa-apa pun pilihan ditangan anda selamat mengundi dan sebagai perkongsian sebelum mau pergi mengundi tu solat dua rakaat lah dulu minta petunjuk dengan Allah S.W.T. kerna sesungguhnya Dia lah yang lebih mengetahui. Peace yooo…J

No comments:

Post a Comment