Friday 7 December 2012

Puisi Buat Gaza dan Syria by Ustaz Azhar Idrus




Derita kita...
Derita kita... menanti majunya Negara,
Derita kita... kerana jualan di kedai yang kurang memberangsangkan,
Derita kita... belum dapat bantuan subsidi,
Derita kita... kerana anak tidak lulus periksa..
Derita mereka...apabila anak-anak mereka menjadi kubu, daripada ditembusi oleh peluru-peluru senjata yahudi, yang merobek kulit, mengeluarkan isi perut anak-anak kecil yang tidak berdosa..
Itulah derita para ibu yang berada dibumi gaza...
Para ibu dinegara kita... derita belum sempat membeli gelang baru, belum sempat membeli rantai baru, belum sempat menempah siap pakaian baru...
Samakah kita dengan mereka?...

Bumi Gaza 2012...
Menjadi tontonan cerita perang dalam televisyen setiap umat islam, yang jumlahnya berbillion-billion...
Wahai Gaza,
Kami saudaramu...
Seagama denganmu...
Kami lelaki-lelaki sekuatmu jua...
Kami memohon ampun kepadamu wahai Gaza...
Kami memohon ampun kepadamu wahai Syria...
Kerana kami tidak menghantar kereta-kereta kebal kami, yang hanya kami gunakan pada hari kemerdekaan..

Minta maaf... wahai rakyat Palestin, Syria
Kami ada tentera tetapi kami tidak mampu pergi kepada kamu...
Memohon kemaafan banyak-banyak, kami hanya menjadi penonton...
Dimana darah-darah anakmu, isteri-isterimu jatuh titisan demi titisan...
Diatas bumi yang sangat suci..

Wahai Gaza,
Walaupun kami tidak dapat pergi bersama dengan jasad,
Terimalah juga roh kami, untuk bersemadi bersama para syuhadah mu,
Wahai Syria,
Walaupun kami tidak sempat untuk berperang bersamamu, terimalah nyawa kami untuk terus menguatkan jasad-jasad kamu, melawan segala yang menjadi musuh Allah...

Wahai Gaza...
Wahai Palestin...
Wahai Syria...
Maafkan kami... terimalah doa daripada kami, dan sudilah kiranya roh-roh kami bersemadi bersama jasad-jasad mu...


# ini adalah puisi khas untuk gaza dan syria. So let pray for them...:)

No comments:

Post a Comment