Sunday 5 August 2012

You Still The Champion






Tewas buat kali kedua di Temasya Olimpik oleh lawan yang sama adalah sangat menghampakan buat jagoh perseorangan utama negara DLCW. Walaupun pada satu ketika beliau berjaya medahului lawannya(Lin Dan) dengan perbezaaan mata 19-18, namun ia tidak dapat menghalang daripada membenarkan pingat emas sukan Olimpik London 2012 jatuh ketangan pemain dari China itu.

Perlawanan sengit diantara dua jagoan dunia itu adalah antara yang terbaik dalam sejarah badminton. Kedua-dua pihak mempunyai peluang 50-50 untuk mencapai kemenangan. Namun apakan daya, nasib lebih berpihak kepada jagoh dari negara tembok besar China, yang mana sekali lagi Lin Dan berjaya menewaskan DLCW dipentas akhir dengan keputusan penuh 21-15, 10-21 dan 19-21. 

Suasana yang sangat menyedihkan buat suruh rakyat Malaysia apabila melihat DLCW menahan kesedihan semasa dikalungkan pingat perak dalam upacara serahan pingat kepada pemain. Walaubagaimanapu, pingat perak yang dibawa balik oleh DLCW adalah sangat bermakna kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kali ini beliau tewas dengan bermaruah, seperti harimau yang tewas dalam perebutan mangsanya namun berjaya meninggalkan kesan cakaran pada tubuh lawannya.


Suasana sedih apabila DLCW hanya mampu menahan kesedihannya



Dilaman twiter, beliau hanya menyatakan kemaafaannya kepada suluruh rakyat Malaysia



* no need to say sorry dato', for us u still the champion and always the champion. Kami yang ingin meminta maaf kerana tidak berada disana menyokong dan memberi semangat kepada mu....

2 comments:

  1. Walaupun DLCW kalah, namun beliau tetap menang di mata seluruh rakyat Malaysia.. Beliau sda buat yg terbaik..

    ReplyDelete
  2. Hello!! I'am glad to read the whole content of this topic and am very excited.Thank you.
    โคนัน เดอะมูฟวี่

    ReplyDelete